Blogger Backgrounds

Popular Posts

Monday 30 September 2013

My Life As " Guru Ganti"....

Assalamualaikum para pembaca semua,

Saya ingin memohon maaf kerana sudah lama saya tidak menulis didalam blog saya.... ( entah ada org baca ke tidak)....


Kini saya sedang menunggu hari - hari saya untuk menjadi seorg graduan, saya telah menjadi seorang guru ganti bahasa inggeris di sekolah menengah dikampung saya. ermmmmmm... first day mengajar memang happy but my student was so nakal terutama sekali budak tingkatan 1. I also teach form three student and also they gonna take the big exam (PMR)...
Bile time nak buat kuiz tapi x jadi happy betul diorng.
Yang teramat lucu sekali when teaching the form 1 student in the class was so noisy, saya cuba nk buat mereka senyap tapi tak menjadi.   sampai satu tahap t dapat nk buat ape2 langsung...
yang akhir sekali apabila kiter suruh buat kerja berkumpulan mula lah diorng wat bodoh.... buat bising dan macam2 untuk kiter rase boring dengan diorng n cancel group work tersebut.
Baru lah sekarang rase macam mana perasaan cikgu kiter apabile kiter buat der je dengan cikgu..... sampai disini sahaja hasil nukilan yang dapat saya tulis.. jangan diambil kedalam hati coz ini hanyalah cerita untuk suka2 dan perasaan saya sahaja....

Sunday 19 May 2013

THEASIS


Assalamualaikum semua....

Sudah sekian lama aku tak tulis kt blog aku ni... nak buat cam mana sibuk dengan preparation final exam aku ni. pening kepala... x sampai 3 minggu lagi aku kena present teasis aku ni... mintak2 lepas... semua kengkawan aku pun stress gak tp pada yang dah banyak progress tahniah...

minggu depan aku kena pegi interview utk aku punya theasis... mintak2 semuanya berjalan dengan lancar...

entah kenapa aku banyak merapu je dalam blog aku kli ini... mungkin tertekan kut... its ok, so next time aku x nk stress out pasal assignment... goodluck for me..

good bye and assalamualaikum.

Tuesday 17 April 2012

My Favorite food for this year.....

First of all...
Assalamualaikum and salam sejahtera kepada pembaca2 blog saya
(mcm banyak org baca blog aku ni hhuhuhuu)
saya nk minta maaf sebab dah lama x update blog saya, maklumlah banyak assignment n test yang seya kena buat. maklumlah student....
 comel x kucing ni... ni lah tanda saya minta maaf dekat all the readers out there....
Semua mesti pelik dengan tajuk blog saya kali ini. ya la pasal makanan....
for your information every year i have one favorite food.........
for this years is Japaneses and Korean food...

mungkin semua tertanya-tanya kenapa saya pilih Japanese n Korean food...
for your information saya pun x tahu... hehehehe......
but for this year that is my favorite food...

ok that all for today ... good bye and assalamualikum......

Friday 30 September 2011

ingin memiliki cinta yang mu

Assalamualaikum.....
Sudah lama saya tidak menulis blog saya. Saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak update blog saya. ( Entah ade org baca ke tidak).

Hari ini saya tergerak hati nak bercakap mengenai perasaan cinta.....
Cinta ni boleh diibaratkan seperti sesuatu yang menguatkan kita untuk terus berjuang. Tidak kira kita mencintai sesiapa sahaja yang kita inginkan.
Tetapi kita hendaklah cinta pada Yang Satu iaitu Allah. Kita jangan mencintai manusia terlampau sehingga kita lupa kepada - Nya.
Akan tetapi kita berdoalah agar kita bertemu jodoh dengan seorang yang boleh membimbing kita kejalan yang benar. Dan jika bertemu hendaklah kita bersyukur kerana kita dapat bersama2 mengingati Allah bersama jodoh yang ditentukan oleh Allah.

bersama-sama lah kita memohon kepada Allah supaya bertemu dengan jodoh yang baik...
amin ya rabbi al-amin...............

Sunday 7 August 2011

Alahai Hospital....

Sudah lama x update blog coz x sempat nk update...
Rase rindu plak kat blog huhu and saya nak mintak maaf kat semua reader yang membaca blog saya kerana sdh lama x update blog... (mcm ramai sangat yg baca blog aku ni).

Beberapa hari ni saya berada di hospital utk menjaga mak cik saya yg sakit... bkn nk tunjuk rajin sebb jaga mak cik tapi saje nk share something about hospital...
Huhuhu.... saya tau ramai juga yg x berapa suka nk ke hospital sbb tkut kena inject walaupun bukn dia yg sakit.. tpi bukan itu yang saya nk share pada hari ini....

Bila time saya jaga mak cik saya time 2 juga ramai bdk nursing buat practical kat sini. Tengok kat diorang mcm kesian pun ade nk tergelak pun ade. tp antara semua bhgian y nk tergelak tu yg banyak... sampai nak pecah perut tpi thn je takut diorang perasan. Hahahahahahaha.........
Tengk sampai anak kucing pun join gelak sekali...
Perkara ni belaku sbb diorg kdng 2 kalut time lecturer yg memantau diorg dtng.. nmpak kalut sangat...

But anyway diorg punyer perkhidmatan amat baik walaupun br practical.... hope they will do a good job in the future.





Last from me... huhuhu hidup sentiasa happy jangan terlalu stress....

Friday 6 May 2011

boring nyer biler cuti

Sudah masuk 1 minggu aku duk rumah sewa sbb still cuti...... x bleh nk blk kelantan agi coz ade kem 10 sampai 15 haribulan... hari2 ku diisi dengan online baca komik and other thing yang x brape berfaedah sperti tido....

Bile jer tengok kalendar rase tersiksa n dlm ati duk cakp bile nk balik kg.... study dah abih for this sem.. memang tengah teringat masakan umi n nk jumpa adik2..

Sunday 17 April 2011

andai lelaki tahu....

took this from a friend hope u all will read it especially boys:

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.