Blogger Backgrounds

Popular Posts

Tuesday 29 March 2011

cinta puding karemel bab 1 bahagian 2


Semasa menuju ke hospital, aku berdoa didalam hati agar Khairil tidak megalami kecederaan yang teruk. Apabila aku melihat kearah Aina, terdetik juga didalam hatiku untuk bertanya kenapa dia bertemu dengan Khairil pada waktu malam. Setahu aku Khairil tidak akan mengajak Aina keluar pada waktu malam. Kalau ada pun dia mesti mengajak aku sekali kerana dia tidak mahu menimbulkan fitnah terhadap tunang kesayangannya. Tapi persoalan itu aku pendamkan sahaja kerana melihat keadaan emosi Aina yang terganggu.
            Sejurus sampai sahaja di perkarangan hospital Aina terus meluru ke bahagian kecemasan. Aku hanya mengikutnya dari belakang. Semasa berada di bahgian kecemasan, aku melihat Aunty Maria, ibu kepada Khairil dan adiknya berada di situ. Aina terus pergi berjumpa dengan Aunty Maria. Semasa Aina ingin bersalaman dengannya, Aunty Maria menepis tangan Aina. Apabila aku melihat tingkah laku Aunty Maria, semakin bertambah persoalan di dalam kepalaku. Selepas aku bersalaman dengan Aunty Maria, aku terus duduk di kerusi yang terletak tidak begitu jauh daripada mereka, kerana aku tidak mahu campur tangan dalam urusan mereka.
            Mungkin juga kerana aku akan berasa serba salah untuk menyebelahi antara Aina atau Aunty Maria. Semasa aku berada duduk di situ, aku terus mencapai laptopku dan mula menaip kertas kerja yang perlu dihantar pada minggu depan. Sedang asyik aku menaip, aku tidak perasan ada seorang jejaka yang tertidur dan kelihatan sedikit keletihan duduk di sebelahku. Apabila di perhatikan jejaka yang berada disebelahku kelihatan seperti seorang yang berdarah kacukan. Timbul juga persoalan dihati ingin bertanya nama jejaka itu, akan tetapi persoalan itu hanya berada di benak fikiranku sahaja.
Aku terus mengalihkan perhatianku kepada laptopku semula agar jejaka itu tidak mahu menganggunya yang sedang tidur. Selang beberapa minit, aku mendengar Aunty Maria memanggil namaku. Segera aku menutup laptopku yang tidak ku sentuh walaupun sudah setengah jam aku duduk di kerusi. Ketika aku bangun dari kerusi dan menuju kearah Aunty Maria, sekali lagi aku terpandang jejaka yang nyenyak tidur di sebelah kerusi dan mengambil sweaternya yang terjatuh lalu meletakkan sweater tersebut diatah paha jejaka tersebut. Ketika aku meletakkan sweater tersebut jejaka tersebut tersedar dan membuat diri aku terhenti lalu meninggalkan sweater tersebut di sebelah tempat duduknya dan terus menuju kearah Aunty Maria.

Sunday 27 March 2011

Alahai Kawan ku seorang......

Bile je org tengok cerita Ustaz Amirul, aku teringakat kat kawan aku seorg ni, nama dia madina (bukan nama sebenar.... Nak buat tak teringat kat dier cam mana, dier teringin sengat nak jumpa ngan Asraf Muslim..... bukn 22 saje... dier dah siap simpan angan2 nk kawin dengan Asraf....

Bile tengok telatah dier kadang2 buat org tergelak, nk wat cam mana, tahap minat dier kat Asraf hanya Allah je yang tau.... cuba korang perhatikan, kawan2 kite banyak kerenah dan telatah sebagai contoh kawan saye ni... so Appreciate your friends although sometime they can be a little bit funny, and some time they can make you angry....

to my friend Madina hope your dream will be come true....
Insyalallah...

Tuesday 15 March 2011

cinta puding karemel - bab 1 bahagian 1


Sejak pertemuan aku dengan Khairil tempoh hari, aku berasa tidak sedap hati. Ini mungkin aku terpaksa berbohong kepada Aina tentang pertemuan aku bersama tunangnya Khairil. Mungkin juga kerana Aina adalah sepupuku yang paling rapat dengan aku, malah aku jugalah yang memperkenalkan Aina kepada sahabat Baik ku Khairil. Pertemuan pada hari itu juga telah mengejutkan aku kerana Khairil meminta nasihat daripada ku mengenai ikatan yang telah dibuat olehnya dengan sepupuku, Aina. Mungkin dia takut kerana dia dan Aina akan diijabkabulkan sebulan lagi.
            Semasa aku mengelamun mengenai perbualanku bersama Khairil, telefon bimbitku yang berada di sebelahku berdering. Apabila aku melihat nombor yang tertera di skrin telefonku jantungku berdegup laju. Di dalam hati aku berdoa agar panggilan yang aku terima tidak membawa berita buruk. Segera aku menjawab panggilan tersebut. Apabila aku mendegar nada suara Aina yang teresak-esak, aku berasa semakin risau dan aku segera bertanya Aina kenapa dia menangis. Mungkin kerana aku takut selepas Khairil berjumpa dengan aku tenpoh hari, dia telah membuat keputusan yang untuk melewatkan tarikh perkahwinannya dengan Aina.
             Didalam hatiku berdoa agar semua yang aku fikirkan itu tidak berlaku. Apabila Aina masih terdiam bertanya kepadanya sekali lagi.
“Aina kenapa menangis ni. Aina masalah dengan Kairil ke?”
“Aina tak ada masalah dengan abang Khairil kak. Tapi, Abang Khairil masuk Hospital dia Kemalangan selepas hantar Aina balik.” Dia membalas dengan nada suara yang teresak-esak.
            Tanpa berlengah aku bertanya Aina berada di mana. Apabila dia menyatakan bahawa dia masih berada di rumah dan ingin meminta pertolongan aku untuk membawanya ke hospital dimana Khairil dimasukkan, aku terus mengambil tudung yang tersangkut dan terus mencapai kunci keretaku. Selepas masuk kedalam kereta, Aku terus memecut menuju kerumah Aina yang berada di Subang Jaya. Setelah sampai aku terus, aku terus membawa Aina ke Hospital Subang.
            Semasa menuju ke hospital, aku berdoa didalam hati agar Khairil tidak megalami kecederaan yang teruk. Apabila aku melihat kearah Aina, terdetik juga didalam hatiku untuk bertanya kenapa dia bertemu dengan Khairil pada waktu malam. Setahu aku Khairil tidak akan mengajak Aina keluar pada waktu malam. Kalau ada pun dia mesti mengajak aku sekali kerana dia tidak mahu menimbulkan fitnah terhadap tunang kesayangannya. Tapi persoalan itu aku pendamkan sahaja kerana melihat keadaan emosi Aina yang terganggu.

Friday 11 March 2011

tsunami jepun 2011

11th Mac 2011,saya dikejutkan dengan kejadian tsunami di Jepun ketika saya mendengar radio di sebuah kedai makan di universiti. Ombak tsunami setinggi 10 meter telah memusnahkan kediaman serta harta benda penduduk Jepun yang tinggal di pesisiran pantai. Jumlah mangsa yang terkorban buat masa kini adalah 200-300 orang.






pabila melihat kemusnahan yang melanda Jepun, saya rasa bersyukur kerana berada di Malaysia yang aman dan makmur. akan tetapi saya berasa sayu kerana melihat kemusnahan yang melanda Jepun. terasa kasihan apabila memikirkan nasib rakyat Jepun yang kini kehilangan harta benda serta sanak saudara. agar kawan-kawan semua boleh membuat ia menjadikan peristiwa ini sebagai iktibar

Wednesday 9 March 2011

kehidupanku sebagai student seni

sekarang baru aku terasa bagaimana perasaan menjadi seorang student yang mengambil subjek berkaitan dengan seni dan hiburan... dicemuh dan di pandang rendah hanya kerana aku seorang budak seni... adakah kerana seseorang itu mengambil subjek berkaitan dengan seni adalah seorang yang sukakan hiburan serta mereka tidak mempunyai jati diri serta agama...


aku ingin bertanya adakah salah jika kita ingin menuntut ilmu walaupun ilmu itu berkaitan dengan seni... kenapa bila saja subjek yang diambil berhubung kait dengan seni ada sahaja kata2 sinis yang didengari dari belakang... sama2 sama kita renungkan adakah seorang mahasisiwa yang belajar seni tidak sama dengan mahasiswa yang belajar ilmu berkaitan dengan sains, akaun dan lain2....

renung2 kan lah...