Blogger Backgrounds

Popular Posts

Tuesday 15 March 2011

cinta puding karemel - bab 1 bahagian 1


Sejak pertemuan aku dengan Khairil tempoh hari, aku berasa tidak sedap hati. Ini mungkin aku terpaksa berbohong kepada Aina tentang pertemuan aku bersama tunangnya Khairil. Mungkin juga kerana Aina adalah sepupuku yang paling rapat dengan aku, malah aku jugalah yang memperkenalkan Aina kepada sahabat Baik ku Khairil. Pertemuan pada hari itu juga telah mengejutkan aku kerana Khairil meminta nasihat daripada ku mengenai ikatan yang telah dibuat olehnya dengan sepupuku, Aina. Mungkin dia takut kerana dia dan Aina akan diijabkabulkan sebulan lagi.
            Semasa aku mengelamun mengenai perbualanku bersama Khairil, telefon bimbitku yang berada di sebelahku berdering. Apabila aku melihat nombor yang tertera di skrin telefonku jantungku berdegup laju. Di dalam hati aku berdoa agar panggilan yang aku terima tidak membawa berita buruk. Segera aku menjawab panggilan tersebut. Apabila aku mendegar nada suara Aina yang teresak-esak, aku berasa semakin risau dan aku segera bertanya Aina kenapa dia menangis. Mungkin kerana aku takut selepas Khairil berjumpa dengan aku tenpoh hari, dia telah membuat keputusan yang untuk melewatkan tarikh perkahwinannya dengan Aina.
             Didalam hatiku berdoa agar semua yang aku fikirkan itu tidak berlaku. Apabila Aina masih terdiam bertanya kepadanya sekali lagi.
“Aina kenapa menangis ni. Aina masalah dengan Kairil ke?”
“Aina tak ada masalah dengan abang Khairil kak. Tapi, Abang Khairil masuk Hospital dia Kemalangan selepas hantar Aina balik.” Dia membalas dengan nada suara yang teresak-esak.
            Tanpa berlengah aku bertanya Aina berada di mana. Apabila dia menyatakan bahawa dia masih berada di rumah dan ingin meminta pertolongan aku untuk membawanya ke hospital dimana Khairil dimasukkan, aku terus mengambil tudung yang tersangkut dan terus mencapai kunci keretaku. Selepas masuk kedalam kereta, Aku terus memecut menuju kerumah Aina yang berada di Subang Jaya. Setelah sampai aku terus, aku terus membawa Aina ke Hospital Subang.
            Semasa menuju ke hospital, aku berdoa didalam hati agar Khairil tidak megalami kecederaan yang teruk. Apabila aku melihat kearah Aina, terdetik juga didalam hatiku untuk bertanya kenapa dia bertemu dengan Khairil pada waktu malam. Setahu aku Khairil tidak akan mengajak Aina keluar pada waktu malam. Kalau ada pun dia mesti mengajak aku sekali kerana dia tidak mahu menimbulkan fitnah terhadap tunang kesayangannya. Tapi persoalan itu aku pendamkan sahaja kerana melihat keadaan emosi Aina yang terganggu.

No comments:

Post a Comment