Blogger Backgrounds

Popular Posts

Tuesday 29 March 2011

cinta puding karemel bab 1 bahagian 2


Semasa menuju ke hospital, aku berdoa didalam hati agar Khairil tidak megalami kecederaan yang teruk. Apabila aku melihat kearah Aina, terdetik juga didalam hatiku untuk bertanya kenapa dia bertemu dengan Khairil pada waktu malam. Setahu aku Khairil tidak akan mengajak Aina keluar pada waktu malam. Kalau ada pun dia mesti mengajak aku sekali kerana dia tidak mahu menimbulkan fitnah terhadap tunang kesayangannya. Tapi persoalan itu aku pendamkan sahaja kerana melihat keadaan emosi Aina yang terganggu.
            Sejurus sampai sahaja di perkarangan hospital Aina terus meluru ke bahagian kecemasan. Aku hanya mengikutnya dari belakang. Semasa berada di bahgian kecemasan, aku melihat Aunty Maria, ibu kepada Khairil dan adiknya berada di situ. Aina terus pergi berjumpa dengan Aunty Maria. Semasa Aina ingin bersalaman dengannya, Aunty Maria menepis tangan Aina. Apabila aku melihat tingkah laku Aunty Maria, semakin bertambah persoalan di dalam kepalaku. Selepas aku bersalaman dengan Aunty Maria, aku terus duduk di kerusi yang terletak tidak begitu jauh daripada mereka, kerana aku tidak mahu campur tangan dalam urusan mereka.
            Mungkin juga kerana aku akan berasa serba salah untuk menyebelahi antara Aina atau Aunty Maria. Semasa aku berada duduk di situ, aku terus mencapai laptopku dan mula menaip kertas kerja yang perlu dihantar pada minggu depan. Sedang asyik aku menaip, aku tidak perasan ada seorang jejaka yang tertidur dan kelihatan sedikit keletihan duduk di sebelahku. Apabila di perhatikan jejaka yang berada disebelahku kelihatan seperti seorang yang berdarah kacukan. Timbul juga persoalan dihati ingin bertanya nama jejaka itu, akan tetapi persoalan itu hanya berada di benak fikiranku sahaja.
Aku terus mengalihkan perhatianku kepada laptopku semula agar jejaka itu tidak mahu menganggunya yang sedang tidur. Selang beberapa minit, aku mendengar Aunty Maria memanggil namaku. Segera aku menutup laptopku yang tidak ku sentuh walaupun sudah setengah jam aku duduk di kerusi. Ketika aku bangun dari kerusi dan menuju kearah Aunty Maria, sekali lagi aku terpandang jejaka yang nyenyak tidur di sebelah kerusi dan mengambil sweaternya yang terjatuh lalu meletakkan sweater tersebut diatah paha jejaka tersebut. Ketika aku meletakkan sweater tersebut jejaka tersebut tersedar dan membuat diri aku terhenti lalu meninggalkan sweater tersebut di sebelah tempat duduknya dan terus menuju kearah Aunty Maria.

No comments:

Post a Comment